Sunday, 19 May 2013

WOW!!! PONDAN JEPUN, HARUNA AI DINOBAT PONDAN TERCANTIK DUNIA!!!



Seorang hos televisyen di Jepun, Haruna Ai menitiskan air mata apabila dimahkotakan sebagai pondan tercantik dunia di sini sekali gus menewaskan pondan tuan rumah yang sebelum ini terkenal dengan kejelitaan mereka.

Ai, 37, mengetepikan cabaran sengit 20 peserta lain termasuk dari Brazil, China, Singapura dan Amerika Syarikat (AS) dalam pertandingan Miss International Queen yang berlangsung di Pattaya iaitu pulau peranginan popular di Thailand.
"Saya amat, amat, amat gembira. Pondan di Thailand lebih bernasib baik kerana diterima masyarakat tidak seperti di negara kami (Jepun)," kata Ai yang tidak dapat menahan air mata selepas tiara pertandingan itu dipakaikan ke kepalanya.
Menurutnya, dia berharap agar orang ramai saling sayang menyayangi dan dapat menerima golongan itu tanpa sebarang prejudis.
Ai memenangi wang tunai AS$10,000 (RM34,125), penginapan selama setahun di sebuah hotel Pattaya dan baucar pembedahan kosmetik berharga AS$500 (RM1,700) selepas menewaskan dua naib johan iaitu peserta tuan rumah Karngsadal Wongdusadeekul, dan wakil Brazil, Daniela Marques.
Di Thailand, pertandingan ratu cantik melibatkan pondan dianggap serius seperti acara-acara tradisi lain.
Pertandingan yang berlangsung itu disiarkan menerusi televisyen dan ditonton oleh berjuta-juta rakyat negara itu.

Wow.. Wanita Ini Mampu Menghasilkan Lukisan Menakjubkan Hanya Guna Bibir...




Memang Kreatif dan amat menakjubkan! Wanita Ini Mampu Menghasilkan Lukisan Menakjubkan Hanya Guna Bibir... Gadis Ireland, Natalie menggunakan bibirnya sebagai berus untuk menghasilkan lukisan di atas kanvas.
 

Bermula semasa berada di sekolah tinggi, beliau melakukan eksperimen dengan bakat seninya dengan cara yang luar biasa tanpa menggunakan berus, tetapi menggunakan bibirnya. 

Idea ini berlaku semasa beliau sedang bersolek untuk keluar pada suatu malam, dari situlah detik bermulanya seni luar biasa beliau.

Betulkah Makan Serangga Boleh .......

Betulkah Makan Serangga Boleh Bantu Atasi Obesiti

ROM - Salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis menyatakan memakan serangga yang mempunyai khasiat mungkin membantu memerangi obesiti.

Beliau membuat pendedahan itu dalam satu laporan yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Laporan itu disediakan oleh beberapa saintis berhubung kajian tentang pemakanan serangga.

Ketika ini, lebih 1,900 spesies serangga dimakan di dunia kebanyakannya di Afrika dan di Asia.

Huis berkata, kebanyakan serangga mempunyai sejumlah protein dan mineral sama seperti daging dan mengandungi lebih banyak lemak yang disyorkan para doktor untuk diet seimbang.

"Di Barat, kami mempunyai budaya tanggapan yang serong kerana serangga yang datang dari negara-negara membangun adalah tidak elok (untuk dimakan)," katanya

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More