Wednesday, 15 May 2013

Fuh Macam-Macam! Guna Rambut Pelanggan Buat Replika Bangunan



Fuh Macam-Macam! Guna Rambut Pelanggan Buat Replika Bangunan | Huang Xin, seorang tukang gunting di Beijing China membuat suatu yang unik dan kreatif, bayangkan dia mengumpulkan sisa sisa rambut pelanggan yang dicukurnya dan membuat suatu replika monumen Tiananmen yang sangat terkenal di China.

Sebelumnya dia juga pernah membuat replika stadium olahraga untuk Olimpik Beijing lalu dengan menggunakan rambut juga.



Untuk sebuah replika Gerbang Tiananmen Huang perlu 11 Kg rambut pelanggan. Dia mula membuat replika ini sejak tahun 2008.

SHILA AMZAH JADI RAKYAT TETAP DI CHINA + VIDEO


Penyanyi Shila Amzah mengakui kini dia sudah mendapat kerakyatan tetap di China disebabkan kekerapan dirinya berulang alik ke negara terbabit.

 “Saya sekarang duduk (tinggal) di Shanghai dan kerana bekerja di sana, saya telah dapat PR (status penduduk tetap),” jelas Shila Amzah ketika ditemubual stesen radio Era FM, baru-baru ini.

Karier nyanyian Shila atau nama sebenarnya Nor Shahila Amir Hamzah, 23, semakin berkembang di China selepas kejayaannya merangkul juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai.

Penyanyi bersuara merdu itu juga mengatakan enam buah lagu sudah dirakam untuk dimuatkan dalam album terbarunya kelak dan semua lagu tersebut merupakan hasil ciptaaan sepenuhnya oleh diri Shila sendiri.



 Memang berbakat sungguh anak ND Lala ini, menyanyi boleh, mencipta melodi dan tulis lirik pun boleh.

Semoga maju jaya buat Shila dan diharapkan tiada apa yang menghalangnya untuk terus mencipta kejayaan di negara luar sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

SEDIH! SANGGUP MERANGKAK 1KM & SUJUD UNTUK MINTA AMPUN ISTERINYA



Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.

Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat.

Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.

Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.

Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.

 Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.
 Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.

Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

 Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.
 Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.

Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.

Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More